~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

:: Siapakah Kita?

Siapakah orang yang som ?
Orang yang som adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang som diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. 

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang  lemah adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan  matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. 

Siapakah orang yang bakhil?
Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas  junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
 Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
 Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa  menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua
 ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal amal  kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

:: Sinar ayat kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas  pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap  kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap  kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya  hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

:: nama syaitan dalam alfatihah


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama  syaitan laknat yang wujud
didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak  berhati-hati.
 
 Nama syaitan :
 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)  sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya KA NAQ
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis  hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN ...............hendaklah mengaminkan  Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang  sentiasa  membaiki bacaannya.