~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

:: Coretan Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu..
Sesungguhnya aku adalah Hawa..
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..

Wahai Adam...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..
Jadi tidak hairanlah..
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu..
sentiasa mahu terpesong dari landasan..
kerana aku buruan syaitan..


wahai adam..
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku..
lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman.. 
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku..
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia..
kacau bilaulah suasana..
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa..
Buktinya cukup nyata..
peristiwa Habil dan Qabil membuktikannya..

wahai adam..
tanyalah pada dirimu...
Adakah akhlakmu boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa???

ingatlah Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah imamku,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu. 
Aku... akalku satu, nafsuku beribu!

Dari itu Adam... 
pimpinlah hawa..
kerana hawa sering lupa,lalai dan alpa..
sering tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya..
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah..
perdengarkanlah daku kalimah syahdu daripada Tuhanmu
agar menerangi hidupku..
Tiuplah roh jihad kepada kaum hawa..
agar mereka menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan kerenahmu sendiri..
masih segan mengikut langkah para sahabat..
masih gentar mencegah mungkar..
maka kita tunggu dan lihatlah.. 
dunia ini akan hancur apabila kaumku yang akan memerintah..
Malulah engkau Adam!!!
malulah engkau pada dirimu sendiri..
Malulah engkau pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam...
seandainya coretan ini menimbulkan amarah di dadamu..

wahai kaum hawa..
bukanlah bermakna dirimu lemah..
bukan bermakna semuanya salah adam..
tetapi ingatlah..
wanita solehah itu pergaulan mereka wajiblah dipagari..
sifat malu mereka menjadi pengikat diri..

hawa...
kau mestilah ada pendirian diri..
yang pantang dinodai dan dicalari..
ketegasan di hadapan muslimin adalah maruah diri!!
bukanlah lagak dan suara manja yang menggoncang iman menghiasi diri..

hawa..
keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya..
daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya..
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan memujuk rayu..
dan bukan pula pada kepetahannya melontarkan kata-kata..
tetapi ingatlah!!!
kehebatan wanita solehah itu terletak pada PERJUANGANNYA memartabatkan agama..

hawa yang disayangi..
jangan dibangga dengan kecantikan luaran..
kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman..
dan jangan sesekali kau berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ingatlah segala-galanya kurniaan dari illahi..
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan suci dari dinodai..

hawa..
jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu..

hawa..
usah dirisaukan akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana itu..
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya..
kerana senyuman,bicara manis yang menggoda yang mengundang dosa..
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya..

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita..
Andai belum sampai juga rezekimu..
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..

ingatlah hawa..
wanita itu pasti ada kekurangannya..
Dan lelaki yang benar2 layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu..
walaupun tidaklah semulia Nabi Muhammad S.A.W..
dan pastilah tidak setaqwa Nabi Ibrahim a.s..
Pun tidak setabah Nabi Ayyub a.s..
Ataupun segagah Nabi Musa a.s..
Apalagi setampan Nabi Yusuf a.s..
jauh sekali hawa..

tetapi..
sudah cukup jika adam yang ALLAH kurniakan kepadamu..
menjadi salah seorang pejuang yang sama-sama memartabatkan ISLAM..
yang sama-sama merindukan syahid di jalanNYA..
yang sama-sama mewakafkan diri untuk perjuangan yang suci ini..
yang sama-sama dapat menguatkan antara satu sama lain..
tidak lain tidak bukan..
demi mengharap redha ILLAHI..

:: Hati yang celik

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya. Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.

Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga, Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja. Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya, dia sentiasa malu membuat dosa. Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa. Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya. Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja. Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya. Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa. Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya. Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya. Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera. Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya. Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya. Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi sesama islam. Keadaan di Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga. 
Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita