~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

image
image
image

:: Anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 

                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

:: Nabi Sulaiman AS dan Seekor Semut


Suatu hari Baginda Sulaiman A.S sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman A.S terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?" Si semut menjawab, "Ini adalah kurma yang Allah S.W.T berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun."

Baginda Sulaiman A.S kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu."

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang.

Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurma mu?"

"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah S.W.T yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Razak)", jawab si semut.

:: Rasulullah Dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah S.A.W mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah S.A.W melakukannya hingga menjelang Beliau S.A.W wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar R.A berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.HA. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah R.HA menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar R.A. Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke Hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah R.HA.

Keesokan harinya Abu Bakar R.A. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar R.A mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.

Ketika Abu Bakar R.A. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar R.A menjawab, "Aku orang yang biasa".

"Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar R.A tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah S.A.W.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar R.A ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar R.A.

::Imam Dan 20 Sen


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

:: Kisah Tukang Gunting Rambut


Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.
- Tamat

:: Bercinta Di Hari Lahir

Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.


"Sayang, selamat hari lahir."


Aisyah tersenyum.


"Terima kasih, abang."


Amir berkata kepada isterinya, "abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."


Aisyah tersenyum dan menutup matanya.


"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"


Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.


"Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."


Aisyah membuka matanya.


"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."


Aisyah membuka balutan hadiah.


"Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih, abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca buku."


Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, "sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"


Aisyah memandang suaminya. Amir meneruskan kata-katanya.


"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali. Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya. Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

:: himpunan Firman Allah swt dan Hadis Rasulullah saw

Firman Allah SWT :
Sedekahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok dan jangan kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya.
Surah Baqarah:267






Nabi SAW ditanya : Bilakah kiamat?
Jwb Nabi : Bila amanah dipersia-siakan.
Bagaimana?
Jwb Nabi SAW lagi : Bila diserahkan Tanggungjawab kepada yang bukan ahli tunggulah kiamat.
Hadis riwayat Bukhari




Firman Allah SWT :
Setiap yang bernyawa akan mati?Siapa yang dijauhkan dari neraka akan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya,kehidupan dunia hanya tipudaya.
Surah Ali Imran:185




Nabi SAW ditanya : Apakah amalan yang paling baik?
Jawab Nabi SAW : Beriman kepada Allah! Lepas itu?
Jawab Rasulullah : Jihad pada jalan Allah! Lepas itu?
Jawab Rasulullah : Haji yang Mabrur.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya didunia dan akhirat, sedangkan zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya didunia dan di akhirat.
Hadis riwayat Ibnu Sammak 




Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang bersabar, Allah akan lipat gandakan pahalanya, sesiapa yang menderhakai Allah, akan menerima azabNya.
Hadis riwayat Baihaqi




Sabda Rasulullah SAW :
Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut (ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat.
Hadis riwayat Bukhari




Sabda Rasulullah SAW :
Apa sahaja yang kamu nafkahkan kerana mencari redha Allah akan dibalas (pahala dan lain2) sehinggakan apa yang kamu suap kemulut isterimu (akan dibalas).
Hadis riwayat Bukhari




Sabda Rasulullah SAW :
Telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengannya,Kitab Allah dan Sunnahku.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Allah bencikan menguap…Apabila menguap tahanlah seupayanya.Jangan berkata?Hah hah? Kerana itu dari syaitan yang sedang ketawa mendengarnya.
Hadis riwayat Tirmizi




Sabda Rasulullah SAW :
Allah sukakan bersin dan bencikan menguap.Apabila bersin, ucapkanlah Alhamdulillah..Hendaklah orang yang mendengar mengucapkan Yarhamkallah…
Hadis riwayat Tirmizi




Firman Allah SWT :
Orang-orang yang berjihad (pada jalan Allah) itu sebenarnya mereka berjihad untuk (kebaikan) diri mereka sendiri (didunia dan diakhirat).
Surah Al-Ankabut:6




Firman Allah SWT :
Patutkah kamu menyuruh orang berbuat baik sedangkan kamu sendiri lupa membuatnya (kewajiban itu)? Sedangkan kamu tahu kandungannya didalam kitab!
Surah Al Baqarah:44




Rasulullah SAW ditanya :2 orang bertemu mana satu yang patut memberi salam?
Jawab Rasulullah :Yang memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah.
Hadis riwayat Tirmizi




Sabda Rasulullah SAW :
Hak sesama muslim 6 perkara:


1) Memberi salam
2) Memenuhi undangan
3) Memberi nasihat
4) Mendoakan orang yang bersin
5) Ziarah orang sakit
6) Mengiringi jenazah


Hadis riwayat Baihaqi




Sabda Rasulullah SAW :
Bacalah al-Quran,sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat (penyelamat dari neraka) kepada pembacanya.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan dan paras rupa kamu tetapi melihat pada hati dan amalan kamu.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya diwaktu dia tiada dihadapannya maka Allah akan mempertahankan kehormatannya di hari kaimat.
Hadis riwayat Abu Dunya




Sabda Rasulullah SAW :
Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku(nabi SAW) bertaubat 100 kali dalam sehari.
Hadis riwayat Bukhari




Sabda Rasulullah SAW :
Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.
Hadis riwayat Abu Daud




Sabda Rasulullah SAW :
Tidaklah digolongkan dalam orang muslim itu mereka yang tidak mengasihi kanak2 dan tidak menghormati orang tua.
Hadis riwayat Bukhari




Sabda Rasulullah SAW :
Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para nabi,siddiqin dan para syuhada pada hari Kiamat.
Hadis riwayat Tirmizi




Firman Allah SWT :
(Orang-orang kafir itu) Allah telah tutup hati mereka (dari hidayat)dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup (dari kebenaran).
Surah Baqarah:7




Sabda Rasulullah SAW :
Berusahalah diawal pagi mencari rezeki dan keperluanmu,sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan.
Hadis riwayat Thabrani




Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya Allah Azzawajalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana roh(nyawa)nya belum sampai ke kerongkong.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang mengatakan celaka kepada manusia(sebab kelemahannya)
Maka sebenarnya dialah yang paling celaka daripada mereka itu.
Hadis riwayat Ahmad




Sabda Rasulullah SAW :
Hendaklah dikalangan kamu yang punyai lidah yang terus berzikir,hati yang bersyukur dan isteri solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat.
Hadis riwayat Tirmizi




Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Jangan engkau menganggap hina sesuatu kebaikan walaupun ia berupa senyuman yang manis apabila bertemu saudaramu.
Hadis riwayat Muslim




Sabda Rasulullah SAW :
Jika suami mengajak isteri untuk bersama,tapi isterinya menolak, suaminya tidur dengan perasaan marah,maka isteri itu dilaknat malaikat hingga subuh.
Hadis riwayat Muslim