~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

image
image
image

:: Cincin untuk Aisyah


Hari ini genap dua tahun perkenalan ku dengan seorang puteri bernama Aisyah.Perkenalan kami bermula dengan tulisan,melalui tulisan aku dan dia bercinta,melalui tulisan aku peroleh semangat darinya.Aisyah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku.Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupun sekali.Namun, kata-kata yang sering ditulisnya membuktikan kepadaku bahawa Aisyah adalah seorang wanita yang baik budi perkertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.
" Kawan Wan tu nama apa?kalau boleh ibu nak berkenalanlah dengan dia "

" Nama dia Aisyah "

" Dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah "

" Oo..orang kelantan,bila Wan nak bawa Aisyah datang ke rumah kita "

Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu di tanya ibu kesayanganku.Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aisyah,bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat,begitu juga aisyah.Rasa dihati ingin menjadikan Aisyah sebagai teman hidup ku sehidup semati.

Sejurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi,fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku.Terdetik di hati aku ini untuk meminta number telefonnya.

" Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon aisyah" suara hatiku mula berbicara.

Melalui yahoo messenger aku mem "buzz" Aisyah.

Wan : Assalamulaikum.

Aisyah: Waalaikum salam.

Wan : Aisyah sehat?

Aisyah: Alhamdulillah.sehat,wan macam mana?

Wan : Alhamdulillah wan pun sehat.

Aisyah! wan ada hajat ni.

Aisyah: Apa dia hajat wan hari ini?

Wan : Wan nak mintak number telefon aisyah boleh tak?

Aisyah: Hurm,untuk ape?

Wan : wan berkenalan dengan aisyah dah lebih kurang 2 tahun,Wan ingat nak lebih kenali aisyah.Sebelum ni pun wan dah bagi tahu yang wan suka kan aisyah.

Aisyah: ni number aisyah 011-98888888.

Wan : ok terima kasih aisyah,Insyallah, nanti wan call yer.

Aisyah: wan,kita sambung lain kali,aisyah ada kerja sikit sekarang.

Wan : okey,nanti kita sambung lagi yer.Assalamualaikum.

Aisyah: waalaikum salam.


Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan number telefon aisyah,hati ini bagaikan menari-nari keriangan.Selepas 2 tahun perkenalan,hari ini baru ku dapat peluang untuk berbicara dengan aisyah melalui percakapan.Namun bukan niat ku untuk bergayut siang malam bersamanya tetapi hanya sekadar untuk lebih mengenali dirinya.

**************************
Sudah seminggu berlalu,namun number yang diminta masih lagi belum di hubungi,aku merasa segan dan malu untuk menelefon kerana kami tidak pernah bercakap melalui telefon.Aku berasa bingung dan hairan dengan keadaan ku yang sebegini.Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon aisyah.


" kalau aku tak telefon,macam mana aku nak kenal aisyah? " Kata suara hati ku yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.

Jari-jari ku mula memetik punat yang berada di telefon bimbit ku,perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.

"tut tut... tut tut..".

" Assalamulaikum.Boleh saya bercakap dengan aisyah "
" waalaikum salam, ya, ni aisyah yang bercakap ni,siapa ni? "
" ni wan".Jawab aku dengan suara sedikit gagap.
" oh wan,kenapa wan baru telefon?
" hahaha,wan sebenarnya segan nak telefon aisyah,mana la tahu aisyah tak jawab panggilan wan".

Gementar ku mula lenyap setibanya aisyah menerima panggilan ku dengan baik.

Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messegger sebagai penghubunng kerana di situlah bermula cinta kami.Hidup ku makin ceria dan sentiasa gembira selalu.Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada aisyah.Begitu juga sebaliknya,aisyah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepada ku.

Cinta yang datang bagaikan bulan
Menjadi teman dimalam hari
Bintang dilangit ku jadikan pedoman
Agar cinta kita tetap bersemi

Cinta kita tidak pernah berkata-kata
serta tidak pula mempunyai suara
hanya pena menjadi tukang kata
penghibur tika duka dan lara


*********************
Makin lama makin sayang,walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melalui telefon namun baru hari ini terdetik di hati ku untuk bertemu dengan puteri khayalan ku.Aku membuat permohonan kepada aisyah untuk bertemu dengannya.Aisyah meletakkan beberapa syarat kepada ku jika ingin bertemu dengannya.

" Pertama,kalau wan nak jumpa aisyah boleh,tapi kena la datang rumah aisyah ".
" Kedua,wan kena berkenalan dengan ibu dan ayah aisyah ".
" Ketiga,wan kena makan malam dengan keluarga aisyah ".

" wan setuju.Insyallah wan akan jumpa malam jumaat ni " kata ku kepada aisyah.

Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga aisyah lebih mengenali aisyah.Sesekali bermain di minda ku menanyakan siapakah aisyah sebenarnya.Bagaimana latar belakang keluarganya,adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya.Jika aisyah berketuran hartawan mungkin aku dan dia tidak sekufu,namun pemikiran kuno ku tidak tolak mentah-mentah oleh jiwa sanubari ku.Sekarang ini bukan lagi zaman dua darjat,zaman sekarang orang lebih mendahuluikan agama dari segala-galanya.

**********************
Aku tiba di hadapan rumah aisyah berdasarkan alamat yang diberikan kepada ku.Alangkah terkejutnya aku,rumahnya besar bagaikan istana khayalan di penuhi dengan kereta-kerata mewah dan megah.Terpajak dua orang pengawal keselamtan bagaikan patung hidup.

" Ish,aku silap alamat ke ni " Bisik hati ini sejurus melihat keadaan rumah yang sebegitu rupa.

Tiba-tiba keluar seorang gadis berpakaian serba putih serta mukanya di tutupi dengan purdah yang berkilauan datang menghampiriku.Mata ku terkebil-kebil melihatnya.

" Assalamualaikum "
" walaikum salam. Wan ke ni " tanya gadis itu.
" ya, saya wan, kawan aisyah "
" saya aisyah, jemput masuk "

Kaki aku seperti disimen menjadi kaku,langkah ku berat untuk menjijakkan kaki ke dalam rumahnya.Namun tetapku gagahi untuk memasuki kedalamnya.Aku melalui singgah sana yang indah dan dipersilakan duduk di atas sofa mewah yang sungguh empuk.

Aisyah memperkenalkan aku dengan ibu dan ayahnya.kami mula berbicara dan mengenali antara satu sama lain.Kemudian aku dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat.Ketika makan ayahnya bertanya :

" bila nak masuk meminang? "

Aku tersentak mendengar persoalan itu.Aku cuma tersenyum tanpa jawapan.Melihat keadaan keluarga aisyah yang kaya-raya adakah layak bagi ku.Aku cuma anak seorang ibu tunggal yang hidup dengan menorah getah.

**************************
Selesai makan aisyah meminta izin dari ibu dan ayahnya untuk berbual seketika dengan aku. Perbualan kami malam ini di saksikan oleh bulan dan bintang yang menerangi kegelapan di angkasa raya. Angin-angin sepoi bahasa bermula bermain dimuka kami berdua.

" Wan,kalau wan rasa nk pinang aisyah,wan cuma kena sediakan sebentuk cincin je untuk aisyah" 

" Sebentuk cincin je " hati ku tertanya-tanya

" Pasal wang urusan perkahwinan keluarga aisyah boleh uruskan,aisyah tahu macam mana keadaan keluarga wan,aisyah sayangkan wan "

Mulianya hati aisyah terhadapku,hanya sebentuk cincin di mintanya sebagai mahar perkahwinan.Aku berjanji dengan aisyah akan meminangnya pada minggu hadapan dengan membawa sebentuk cincin untuknya.

*************************

Hari perkahwinan aku sudah tiba dan segala persiapan sudah pun tersedia.Hati ku gementar untuk berjabat tangan dengan tok kadi untuk mengakad nikahku.

" bila kata tunai kamu jawab yer "

" Okey tok "

" Aku nikahkan di kau syazwan bin hasan dengan aisyah binti abu dengan mas kawin 80 ringgit tunai "

" Aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak tersebut "

Akhirnya menikah juga aku,tibalah masa untuk melihat wajah permaisuri ku.Jantungku berdebar-debar menantikan aisyah.Aku menghampiri aisyah dan meminta izin daripadanya :

" aisyah,boleh wan buka purdah aisyah "

Tiba-tiba aku merasa satu hentakkan di kepala ku.Terasa bagai bumi ini terbelah dua.

" woiii,bangun la,asyik nak membuta je,tak ada kerja lain ke engkau nie " Pekikan ibu ku setelah disikunya kepadaku sehingga benjol

" ish,kacau la ibu ni,sikit lagi nak habis mimpi ni,rugi la "

" Banyak kau punya rugi,getah tu sapa nak toreh,yang tu lagi rugi,bangun!!!! "

**************************

Begitulah kisah cincin untuk aisyah.Sebenarnya aisyah ni anak tok penghulu kampong aku. Ayahnya tolak pinangan aku sebab aku nak bagi cincin belah rotan je kat anak dia.Aisyah no hal, setuju je,ayah dia yang lebih-lebih pulak.

" mana class anak aku dapat cincin belah rotan " kata tok penghulu

Hurm.Aisyah~aisyah..

Cincin ini tetap untuk aisyah

:: Pintu Taubat


"Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].
Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-
a. Segera meninggalkan dosa tersebut
b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku
c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.
Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut 'kerana Allah' dan bukan atas sebab-sebab yang lain.
Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun ada yang sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

:: Isteriku menulis di atas pasir dan batu

Sahabat Hikmah...
Ada sebuah kisah  tentang sepasang suami istri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik istrinya dengan sangat keras. Isteri yang kena herdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan suaminya. Ketika dia sedar dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Suami bertanya  : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku bisa melupakannya... Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa diperbuat suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak bisa hilang tertiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."

Sahabat Hikmah...
Dalam hidup ini sering timbul beda pendapat dan konflik karena sudut pandang yang berbeda. Terkadang malah sangat menyakitkan, oleh karenanya cobalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran di atas, adalah :

"Belajarlah untuk selalu  MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."

Semoga kita semua mengerti betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.

:: Coretan Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu..
Sesungguhnya aku adalah Hawa..
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..

Wahai Adam...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..
Jadi tidak hairanlah..
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu..
sentiasa mahu terpesong dari landasan..
kerana aku buruan syaitan..


wahai adam..
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku..
lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman.. 
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku..
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia..
kacau bilaulah suasana..
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa..
Buktinya cukup nyata..
peristiwa Habil dan Qabil membuktikannya..

wahai adam..
tanyalah pada dirimu...
Adakah akhlakmu boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa???

ingatlah Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah imamku,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu. 
Aku... akalku satu, nafsuku beribu!

Dari itu Adam... 
pimpinlah hawa..
kerana hawa sering lupa,lalai dan alpa..
sering tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya..
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah..
perdengarkanlah daku kalimah syahdu daripada Tuhanmu
agar menerangi hidupku..
Tiuplah roh jihad kepada kaum hawa..
agar mereka menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan kerenahmu sendiri..
masih segan mengikut langkah para sahabat..
masih gentar mencegah mungkar..
maka kita tunggu dan lihatlah.. 
dunia ini akan hancur apabila kaumku yang akan memerintah..
Malulah engkau Adam!!!
malulah engkau pada dirimu sendiri..
Malulah engkau pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam...
seandainya coretan ini menimbulkan amarah di dadamu..

wahai kaum hawa..
bukanlah bermakna dirimu lemah..
bukan bermakna semuanya salah adam..
tetapi ingatlah..
wanita solehah itu pergaulan mereka wajiblah dipagari..
sifat malu mereka menjadi pengikat diri..

hawa...
kau mestilah ada pendirian diri..
yang pantang dinodai dan dicalari..
ketegasan di hadapan muslimin adalah maruah diri!!
bukanlah lagak dan suara manja yang menggoncang iman menghiasi diri..

hawa..
keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya..
daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya..
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan memujuk rayu..
dan bukan pula pada kepetahannya melontarkan kata-kata..
tetapi ingatlah!!!
kehebatan wanita solehah itu terletak pada PERJUANGANNYA memartabatkan agama..

hawa yang disayangi..
jangan dibangga dengan kecantikan luaran..
kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman..
dan jangan sesekali kau berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ingatlah segala-galanya kurniaan dari illahi..
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan suci dari dinodai..

hawa..
jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu..

hawa..
usah dirisaukan akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana itu..
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya..
kerana senyuman,bicara manis yang menggoda yang mengundang dosa..
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya..

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita..
Andai belum sampai juga rezekimu..
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..

ingatlah hawa..
wanita itu pasti ada kekurangannya..
Dan lelaki yang benar2 layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu..
walaupun tidaklah semulia Nabi Muhammad S.A.W..
dan pastilah tidak setaqwa Nabi Ibrahim a.s..
Pun tidak setabah Nabi Ayyub a.s..
Ataupun segagah Nabi Musa a.s..
Apalagi setampan Nabi Yusuf a.s..
jauh sekali hawa..

tetapi..
sudah cukup jika adam yang ALLAH kurniakan kepadamu..
menjadi salah seorang pejuang yang sama-sama memartabatkan ISLAM..
yang sama-sama merindukan syahid di jalanNYA..
yang sama-sama mewakafkan diri untuk perjuangan yang suci ini..
yang sama-sama dapat menguatkan antara satu sama lain..
tidak lain tidak bukan..
demi mengharap redha ILLAHI..

:: Hati yang celik

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya. Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.

Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga, Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada lalainya sedikit sahaja. Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya, dia sentiasa malu membuat dosa. Sangat sensitif dengan kebaikan.

Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa. Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya. Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa.

Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja. Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya. Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa. Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya. Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya.

Hari yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya. Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera. Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya. Gerun hatinya, kecut perutnya.

Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya. Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi sesama islam. Keadaan di Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka ??? Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga. 
Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita

:: Doa Untuk Kekasih


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah…

Seandainya telah engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah
Seandainya engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari pandanganku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersamanya…

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah
Cukuplah engkau sahaja yang memeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambaMu ini
Dengarkanlah rintihan hambaMu yang daif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang solah dan solehah

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin… amin…Ya Rabbal A’lamin.

:: Dahsyatnya Sakaratul Maut

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar”.

Terjemahan Surah Al-Anfal, ayat ke 50.
……….


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

Terjemahan Surah Al-An’am, ayat ke 93.
……….


"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". 
(H.. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan. 


Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, 
"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.
Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).
"SubhanAllah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: 


"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.


"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.
Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah. Aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s
"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

Tanpa seizin Allah. Aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.
"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?