~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

:: Senyumlah

 wajah yang berseri , bersinar dengan nur dan ceria selalu. ditambah pula dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. alangkah indahnya kehidupan andai diri dikelilingi dengan orang yang mudah tersenyum. sebaik berjumpa sahaja pasangan , senyuman yang menyeri bibir, kemanisan yang menghiasi wajah, hati lantas turut tersenyum riang, jiwa rasa berbunga-bunga. hidup terasa amat bermakna. hanya dengan sekuntum senyuman.

senyuman:


1. MENARIK REZEKI;   PEPATAH CINA ADA MENGATAKAN; A MAN WITHOUT A SMILE CANNOT OPEN A SHOP.

2. MENARIK SAHABAT ,   RAKAN DAN TAULAN. RAMAI ORANG SUKAKAN ORANG YANG MUDAH TERSENYUM DAN SABAR. MURAH SENYUMAN BUKAN SAHAJA MEMBUATKAN SESEORANG MURAH REZEKI TETAPI JUGA MURAH KENALAN.

3. PENYEJUK HATI.    ANDAI ORANG SEDANG MARAHPUN BOLEH TEWAS . ISTERI YANG BANYAK TERSENYUM DAN MEMBUATKAN SUAMINYA TERHIBUR DENGAN SENYUMAN DAN KATA-KATA YANG MANIS DAN LEMBUT DARIPADA MULUTNYA ADALAH ISTERI YANG SOLEHAH KERANA KATA NABI, SALAH SATU CIRI ISTERI SOLEHAH ITU, APABILA DIPANDANG WAJAHNYA, HATI MENJADI SEJUK DAN TENANG. WAJAH MANA LAGI YANG MENENANGKAN MELAINKAN WAJAH ORANG YANG SENTIASA TERSENYUM DAN LEMBUT BUDI BICARANYA?

4. HATI IKHLAS.    TERSENYUM SELALU MENDIDIK HATI MENJADI IKHLAS. IKHLAS PULA MEMBUATKAN SESEORANG SENTIASA BERSYUKUR BAIK YANG DATANG UJIAN MAHUPUN NIKMAT. LALU HATI MENJADI REDHA. UJIAN AKHIRNYA TURUT DINIKMATI SEBAGAI SALAH SATU NIKMAT KERANA UJIAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA ERTI SABAR, SABAR PULA SANGAT MANIS ANDAI KITA MAMPU MEMPRAKTIKKANNYA TERUTAMA TATKALA HATI SEDANG MEMBARA MARAH.

cubalah senyum selalu. bukan hati orang yang melihat sahaja berbunga riang, hati orang yang tersenyum juga rasa damai kerana senyuman mengeluarkan rembesan hormon dan menstimulasikan kelenjar di bahagian kepala menerbitkan rasa damai dan tenang.
sunyuman itu semurah – murah sedekah. bersedekahlah selalu sebagai bekalan di sana nanti.
hidup berilmu, ceria selalu.

0 comments:

Post a Comment