~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

:: keadaan manusia di padang mahsyar

 Muaz Bin Jabal r.a meriwayatkan hadith Rasulullah yang bermaksud:

…Apabila berlaku Hari qiamat, umatku dibangkitkan dari kubur dan dihalau menjadi 12 kumpulan…

Kumpulan 1   
Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan.Mereka ialah orang yang menyakiti jiran tetangga semasa hidup di dunia, melalui lidah dan tangan.

Kumpulan 2    
Dibangkitkan dengan berupa binatang atau babi. Mereka orang meninggalkan perintah solat /  perintah wajib yang lain.

Kumpulan 3    
Dibangkitkan dengan perut  besar, berisi ular dan kala. Mereka orang yang tidak mengeluarkan zakat (dan sedekah).

Kumpulan 4    
Dibangkitkan dengan darah mengalir daripada mulut, perut terburai. Mereka orang yang curang / menipu dalam perniagaan.

Kumpulan 5    
Dibangkitkan dengan berbau busuk.Mereka orang yang merahsiakan perbuatan maksiat yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Kumpulan 6   
Dibangkitkan dengan leher yang berputus-putus.Mereka adalah saksi palsu dan pendusta.

Kumpulan 7  
  
Dibangkitkan dengan tiada lidah, mulut mengalir darah dan nanah.Mereka orang yang menghalang orang lain memperkatakan yang benar / hak.

Kumpulan 8    
Dibangkitkan secara terbalik (kaki ke atas, kepala ke bawah) dan daripada farajnya keluar   nanah yang panas. Mereka ialah pelaku zina.

Kumpulan 9    
Dibangkitkan dengan wajah hitam pekat, mata tertonjol keluar dan perut berisi api.Mereka ini pemakan harta anak yatim tanpa hak.

Kumpulan 10    
Dibangkitkan dengan kulit berbelang-belang dan berguris-guris.Mereka orang yang meyakiti / mengguris hati ibu bapa ketika di dunia.

Kumpulan 11    
Dibangkitkan dengan buruk rupa, gigi besar, bibir terkeluar, lidah terjelir, perut buncit ke paras peha.Mereka ialah peminum arak.

Kumpulan 12  
Dibangkitkan dengan muka berseri-seri, meniti “Sirat Al-Mustaqim" (Titian Sirat) laju seperti kilat.Mereka orang yang mendirikan solat, beramal salih, beriman, menjauhi maksiat dan mati dalam keadaan bertaubat.Balasan mereka ialah Syurga Firdaus, iaitu sebaik-baik tempat balasan.

0 comments:

Post a Comment