Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi
-:: mutiara hikmah ::-
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi kukuh."
"Hai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kpada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar" (Al-Ahzab:70)
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
Sabda Rasulullah: "Tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara)
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya. (Umar Al Khatab)
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akhlak yang mulia adalah merupakan salah satu amal ahli syurga."
"Pokok tawadhuk itu suka memberi salam kepada sesiapa saja yang kamu temukan dari kaum muslimin, dan rela duduk dimana saja dalam majlis, dan tidak suka disebut-sebut amal kebaikan dan takwanya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dunia itu tercela, dan tercelalah apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali berzikir kepada Allah, tolong menolong padanya orang yang berilmu dan orang-orang yang mempelajari ilmu." (HadisRiwayat An-Nasai dan Ibnu Majah)
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" Wahab Munabih
Luqmanul Hakim menasihati Anaknya:
"Semulia-mulianya manusia adalah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
“Wahai orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain.
Carilah seribu orang sahabat dalam pergaulan kerana sahabat itu belum tentu cukup banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah banyak. Luqmanul Hakim. Ukhwah itu terletak pada sebuah pertemuan bukan pada manis ucapan bibirnya tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya.
"Apabila matinya anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara ; sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya ataupun anak yang soleh yang berdoa kepadanya". sabda Rasulullah s.a.w.
0 comments:
Post a Comment