~Ahlan_wasahlan~
this site the web

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat datang ke blog liz serikandi

:: Islam dan Sains

Doktor     memulakan    syarahannya    dengan    membawa    para    hadirin memikirkan  sejenak  dengan  hadith  yang  maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri   kamu   ada  kebesaran  Tuhan".  Doktor  menyuruh  kita  melihat kedua  tapak  tangan  dan  perhatikan  garis-garis  di  tapak  tangan kita.
Garisan-garisan  di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan  tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.         Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,  beliau  akan  menggaulkan  lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian  membiarkan  sebentar,  lalu  Rasullah  saw akan mengambil sedikit garam  menggunakan  jari  kecilnya(yg  last  tu),  lalu  Rasullah  saw akan
menghisap  garam  itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa?  Kerana  kedua  belah  tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini  adalah kerana  enzim  yg  ada  di  tangan  kanan  itu  merupakan enzim yang  dapat menolong  proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah  yg  diperlukan  oleh  badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah  sama  dgn  satu  liter  air  mineral.
  Kita berasal dari tanah maka lumrahnya   bahan  yang  asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga  adalah penawar  yang  paling  mujarab  bagi  keracunan,  mengikut  Dr,
dihospital-hospital,  the  first  line  of  treatment  for poisoning adalah dengan  memberi  Sodium  Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.          Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita  senang memproseskan makanan itu.

3.               Membaca   Basmalah  (Bismillahirrahma  Nirrahim).  Membaca Basmalah  sebelum  makan  untuk  mengelakkan  penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria  dan  racun  akan  musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.  Janganlah  kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri  kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas  sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas  dan  menghembuskan  nafas  dari  hidung kita. Kerana apabila kita hembus,  kita  akan  mengeluarkan  CO2  iaitu  carbon dioxide, yang apabila bercampur   dgnairH20,   akan  menjadi  H2CO3,  i!aitu  sama  dengan  cuka, menyebabkan  minuman  itu  menjadi  acidic.  Jangan  meniup  air  yg panas, sebabnya  sama  diatas.  Cara  minum,  seteguk  bernafas,  seteguk bernafas sehingga habis.


4.             Mengapa  Islam  menyuruh  di  sebat  100  kali  orang  belum berkahwin  yang  berzina,  dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang  berzina?  Badan  manusia  akan  mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik  yg  dapat  melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang  belakang,  berdekatan  dengan  sum-sum  tulang manusia. Lelaki yang belum  berkahwin  dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki  yang  sudah  berkahwin  hanya  dapat  menghasilkan  10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan      suami     isteri.     Jadi     apabila     lelaki     yang belum  berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah  kerana  apabila  dia  disebat  di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan  virus  HIV  jika  ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan  virus  HIV  itu.  Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat  100  kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan  itu  hukumannya  direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,

5.             Mudaris  Iskandar  mengenai  Ka'bah.  Mengapa ia terletak di Mekah  al-  Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).  Ia terletak di posisinya  sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul  di  tengah  bumi.  Mengapa  ia  empat persegi, ia melambangkan perpaduan  ummah  yang  bergerak  maju!  bersama, equality and unity, tidak seperti  bentuk  pyramid,  dimana  ia  diumpamakan,  seperti  hanya seorang pemenang  yg  berada diatas  setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi  sebab  mengapa  4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi  dan  Syafi'i,  melambangkan  kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

:: Terdidik kerana sebiji tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

SEKIAN,
wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

:: Surat dari syaitan untukmu

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.


Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bagus sekali..!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. jangan engkau susah2 bangun dan pendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak, dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.


Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu,
ini bagus kerana engkau tidak memenatkn mulutmu.

juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya.
sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk mengingati apa2. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.


Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.


Aku juga  melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu trikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikanmu. sesungguhnya kecantikan dikurniakan kepadamu untuk ditonjolkan kepada tontonan ramai.


sahabat, aku juga  melihat engkau bergembira menghabiskn  duit dengan bershoping, menonton wayang, dan membeli kemewahan dunia. syabas sahabatku, engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dgn jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. tidak perlu bersusah2 untuk org lain.


Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan assalamualaikum, tetapi engkau mengucapkan ' hi...hello...oitt..'. ini juga bagus kerana engkau tidaklah nampak kekampungan. engkau telah mengikut trend semasa.


Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya


Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.


Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH


Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani


Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,


Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.


TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.


Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.


Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.


Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. .
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.


Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.


Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .


Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.


Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama2 berjalan.. kita berpegangan tangan menuju neraka jahanam. betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.


sahabat tercinta....
syaitan


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

:: Orang Arab Kecek Klate

:: Rahsia Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: 
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


:: keadaan manusia di padang mahsyar

 Muaz Bin Jabal r.a meriwayatkan hadith Rasulullah yang bermaksud:

…Apabila berlaku Hari qiamat, umatku dibangkitkan dari kubur dan dihalau menjadi 12 kumpulan…

Kumpulan 1   
Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan.Mereka ialah orang yang menyakiti jiran tetangga semasa hidup di dunia, melalui lidah dan tangan.

Kumpulan 2    
Dibangkitkan dengan berupa binatang atau babi. Mereka orang meninggalkan perintah solat /  perintah wajib yang lain.

Kumpulan 3    
Dibangkitkan dengan perut  besar, berisi ular dan kala. Mereka orang yang tidak mengeluarkan zakat (dan sedekah).

Kumpulan 4    
Dibangkitkan dengan darah mengalir daripada mulut, perut terburai. Mereka orang yang curang / menipu dalam perniagaan.

Kumpulan 5    
Dibangkitkan dengan berbau busuk.Mereka orang yang merahsiakan perbuatan maksiat yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Kumpulan 6   
Dibangkitkan dengan leher yang berputus-putus.Mereka adalah saksi palsu dan pendusta.

Kumpulan 7  
  
Dibangkitkan dengan tiada lidah, mulut mengalir darah dan nanah.Mereka orang yang menghalang orang lain memperkatakan yang benar / hak.

Kumpulan 8    
Dibangkitkan secara terbalik (kaki ke atas, kepala ke bawah) dan daripada farajnya keluar   nanah yang panas. Mereka ialah pelaku zina.

Kumpulan 9    
Dibangkitkan dengan wajah hitam pekat, mata tertonjol keluar dan perut berisi api.Mereka ini pemakan harta anak yatim tanpa hak.

Kumpulan 10    
Dibangkitkan dengan kulit berbelang-belang dan berguris-guris.Mereka orang yang meyakiti / mengguris hati ibu bapa ketika di dunia.

Kumpulan 11    
Dibangkitkan dengan buruk rupa, gigi besar, bibir terkeluar, lidah terjelir, perut buncit ke paras peha.Mereka ialah peminum arak.

Kumpulan 12  
Dibangkitkan dengan muka berseri-seri, meniti “Sirat Al-Mustaqim" (Titian Sirat) laju seperti kilat.Mereka orang yang mendirikan solat, beramal salih, beriman, menjauhi maksiat dan mati dalam keadaan bertaubat.Balasan mereka ialah Syurga Firdaus, iaitu sebaik-baik tempat balasan.