Ditegah maninggalkan majlis ilmu jika alasannya lemah
Di riwayatkan bahawa nabi s.a.w duduk bersama orang ramai dalam satu majlis ilmu, ketika berucap masuk tiga lelaki tapi hanya dua sahaja yang duduk dalam majlis itu. namun seorang sahaja yang duduk di sisi nabi s.a.w yang seorang lagi duduk jauh di belakang manakala oarang yang ketiga berpaling lalu meninggalkan majlis. nabi s.a.w melihat peristiwa itu lalu membuat ulasan, "mahukah kamu semua mendengar cerita tentang tiga orang yang masuk ke majlis tadi?" "yang seorang hendak mencari perlindungan tuhan, maka Allah s.w.t beri peluang kepadanya duduk di majlis ilmu daripadaku, beliau mendapat hidayah daripada-nya" "adapun orang kedua undur kebelakang disebabkan pemalu, maka Allah s.w.t memberi petunjuk sejajar dengn sikapnya" "orang yang ketiga berpaling dari majlis ilmu, tuhan juga berpaling daripadanya sebanding dengan sikapnya membelakangkan allah s.w.t" kesimpulannya, apabila ketempat pengajian ilmu, tidak sepatutnya berpaling dan meninggalkan majlis tersebut atas sebab yang lemah. selain ia dimurkai tuhan juga akan terjebak dengan anggapan buruk, sebagai orang yang tidak hormat dengan majlis ilmu.
0 comments:
Post a Comment